Isnin, 14 Mac 2011

Mudah cegah kanser perut


“Boleh pulih pada peringkat awal dengan pengambilan antibiotik”
Sebagian pakar perubatan menganggap kanser perut atau kanser gastrik sebagai penyakit penduduk asia berikutan catatan kes (kasus) tertinggi di jepun (jepang) korea cina dan hong kong—berkali ganda jumlahnya berbanding pesakit di barat. Bahkan di malaysia, kebanyakan kes (kasus) kanser perut berlaku di kalangan  pesakit berketurunan cina.
Malangnya kanser perut, terutama pada peringkat awal, sering di salah anggap sebagai gastrik kerana kedua-duanya mempunyai gejala lebih kurang sama.
Kanser perut adalah kanser malignan (yang boleh merebak) berasal dari lapisan pelapik dari perut.
Jenis kanser perut di kelaskan mengikut jenis tisyu di mana sel kenser bermula; dan paling biasa (90 persen) ialah adenokarsinoma  bermula daripada tisu glandular atau tisu pelapek.
Jenis kanser perut lain ialah limfoma (membabitkan sistem limpa) dan sarkoma (bermula pada tisu penyambung seperti otot, lemak atau salur darah).
Kanser perut di kaitkan dengan pengambilan makanan banyak garam, contohnya jeruk sayur menjadi sajian wajib penduduk jepun (jepang) dan korea tetapi sehingga kini, tiada kajian (penyelidikan) dilakukan untuk mengesahkan dakwaan itu.
Punca sebenar kanser perut masih tidak di ketahui, tetapi penyelidikan dan pakar perubatan percaya ia ada kait rapat dengan jangkitan bekteria Helikobacter pylori (H pylori), kata perunding pembedahan gastrointestin, Dr Ramesh Gurunathan.
Menurut Dr ramesh kanser perut menduduki tangga ke tujuh dari pada 10 jenis kanser paling biasa di malaysia dengan anggaran 1,400 penduduk malaysia mendapat kanser ini setiap tahun. Ia boleh berlaku pada siapa sahaja tetapi paling kerap di laporkan di kalangan lelaki berumur 45tahun ke atas.
Jumlah kes paling tinggi di catat ialah pesakit cina(65 peratus) diikuti pesakit melayu (25 peratus) dan india (10 peratus)
“oleh kerana gejala peringkat awal kanser perut sama dengan gastrik, kebanyakan pesakit tidak ambil serius perkara ini. Ramai menyangka mereka mengalami gastrik dan membeli ubat di parmasi.
Memang ubat gestik boleh menghilangkan gejala sakit perut ini akan tetapi ia hanya sementara. Gejala sakit perut ini akan datang balik apabila pengambilan ubat di hentikan.
”jangkitan H pylori mempunyai kaitan sangat rapat dengan kenser perut. Banyak kes di jepun disebabkan jangkitan bekteria ini. Bekteria H pylori di kelaskan sebagai karsinogen kelas pertama yang boleh menyebapkan kanser perut tetapi berita baiknya, ia boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik dan rawatan hanya mengambil masa seminggu” katanya.
Bekteria H pylori boleh tersebar melalui dua kaedah iaitu kitaran najis ke mulut atau mulut-ke-mulut. Dalam kaedah pertama, bakteria boleh tersebar jika pwmbawa tidak tidak mencuci tangan dengan bersih atau melalui air dan makanan tercemar. Kaedah kedua pula melalui air liur pembawa apabila terkena tangan, makanan atau air.
Jangkitan ini juga ada kait rapat dengan cara hidup seperti tinggal di tempat sesak, berkongsi katil dan kurang kebersihan.
Tidak seperti bakteria lain yang akan mati dalam keadaan ber asid, bakteria H pylori boleh hidup dengan baik dalam perut manusia. Ia membiak dan menyebapkan keradangan yang akhirnya merosak kan sel pada perut kita.
Lama kelamaan keradangan ini semakin teruk (kuat) dan mengakibatkan gastritis dan penyakit ulser. Dalam perut jika tidak dirawat segera. Walaupun badan menghasilkan antiibodi, ia masih tidak berupaya menghapuskan bakteria ini dan jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan kanser perut.
Gejala awak kanser perut mempunyai persammaan dengan gastik ia itu:
·         Perut berasa kembung dan tidak selesa (nyaman)
·         Mual
·         Hilang selera makan
·         Pedih uluhati
·         Mengalami masalah pencernaan (tidak hadam) pada peringkat (tingkat) lebih serius, pesakit boleh mengalami gejala seperti:
·         Rasa tidak selesa (nyaman) pada bahagian atas abdomen (perut)
·         Najis mengandungi darah atau berwarna gelap kehitaman
·         Muntah (boleh mengandungi darah)
·         Beratbadan menurun
·         Perut rasa kembung dan tidak selesa (nyaman) selepas makan
·         Ada benjolan pada abdomen (kadangkala)
·         Badan lemah akibat kurang darah (anemia) siapa yang berisiko mendapat kanser perut? Semua orang boleh mendapat penyakit ini tetapi risiko lebih tinggi jika:
·         Lelaki dua kaliganda berbandi perempuan
·         Kurang mengambil sumber serat (sayur dan buah)
·         Mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan garam jeruk atau bahan pengawet
·         Mengalami keradangan gastrik yang keronik
·         Pernah mengalami masalah polipgastrik
·         Mengalami sejarah keluarga menghadapi kanser perut (yang boleh menyebapkan risiko menjadi dua atau tiga kali ganda)
·         Merokok
·         Mengambil terlalu banyak minuman beralkohol.
Diagnosis dan rawatan
Menurut Dr Ramesh, biasanya kanser perut di kesan melalui pemeriksaan fizikal. Pesakit mungkin mengalami gejala bengkak pada nodus limfa atau hati, peningkatan kandungan cecair dalam abdomen atau benjolan pada abdomen. Pemeriksaan biasanya dibuat berdasarkan aduan ketidak selesaan pesakit dan diantara ujian dilakukan ialah:
·         Ujian sinar-X pada esofagus (kerongkong). Perut dan bahagian pertama usus kecil selepas pesakin minum cecair pembeza untuk memudahkan doktor membuat pemerhatian.
·         Gastroskopi dan biopsi- doktor akan melihat keadaan dalam perut menggunakan alat di panggil gastroskop (dimasokkan kedalam mulut melalui perut).
Rawatan untuk kanser perut membabitkan beberapa kaedah sama ada pembedahan, kemoterapi dan radiotrapi atau gabungan kaedah ini.
Kanser perut pada umumnya sukar di sembuhkan kecuali jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal sebelum ia merebak.
Malangnya, kerana gejala pada peringkat awal kanser perut sering di salah anggap sebagai gastrik, kebanyakan kes hanya di kesan apabila kanser sudah teruk atau sudah merebak pada bahagian lain badan.
“dalam pembedahan biasanya doktor akan membuang bahagian perut yang yang di serang kanser. Namun, ia bergantung pada lokasi kanser.
Jika sel kanserdi bahagian bawah perut, dua pertuga daripada perut akan di buang.
Jika kanser perut berlaku di bahagian atas perut,  keseluruhan perut akan di buang,” katanya.
Bagaimanapun, pesakit tidak perlu risau kerana mereka masih boleh menjalani hidup dengan baik walaupun tiada perut.
Perut adalah tempat pencernaan makanan berlaku. Apabila makanan masuk kedalam perut, ia di hancurkan dan di pecahkan. Tidak perlu risau berlaku kekurangan zat kerana kebanyakan zat di serap apabila masuk usus kecil.
Yang perlu di lakukan pesakit ialah mengubah tabiat makanan dengan makan sedikit tetapi kerap. Melalui cara ini, makanan terus sampai ke usus dan penyerapan zat boleh berlaku seperti biasa.
Oleh kerana kanser usus sukar di sembuhkan, ada pakar mencadangka supaya saringan untuk kanser perut (dengan kaedah endoskopi) tetapi di negara kita (MALAYSIA), ia tidak prektikal kerana setiap ujian membabitkan kos tingggi iaitu RM800 hingga RM-1.000 selain bilangan pakar sangat terhad.
Kaedah lebih baik adalah mencegah jangkitan H pylori ialah tidak berkongsi sudu, garfu atau kayu penyepit, jika makan berhidang, sediakan senduk pada setiap hidangan dan jangan ambil makanan menggunakan sudu untuk makan serta elak mengunyahkan makanan untuk anak kecil kerana ia boleh menjadi laluan pintas untuk bakteria ini.
Petikan dari www.hmetro.com.my
Edisi 13-mac-2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan